HomeUtamaDBKK ambil langkah keselamatan kurangkan perasapan di tapak pelupusan sisa pepejal, Kayu...

DBKK ambil langkah keselamatan kurangkan perasapan di tapak pelupusan sisa pepejal, Kayu Madang

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil beberapa langkah keselamatan bagi mengurangkan perasapan terhadap tayar yang terbakar dalam kejadian kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sisa pepejal, Kayu Madang, Telipok di sini semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkara, ia termasuklah menggunakan tanah dan penimbusan tanah akan diteruskan sehingga selesai.

Katanya, kerja-kerja itu dijangka akan mengambil masa selama tujuh hari.

“Beberapa langkah keselamatan telah diambil oleh DBKK bagi mengurangkan perasapan terhadap tayar dengan menggunakan tanah.

“Kerja-kerja penimbusan tanah akan diteruskan sehingga selesai dan dijangka akan mengambil masa selama tujuh hari,”‘ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Sabin bersama beberapa pegawai Pengurusan Tinggi DBKK telah mengadakan tinjauan di lokasi kebakaran bagi memantau situasi yang berada dalam keadaan yang terkawal serta tidak menjejaskan tapak ke tahap yang lebih serius.

Hadir sama adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Abdul Razak Muda.

Terdahulu, tapak pelupusan sisa pepejal itu mengalami kebakaran semalam yang dipercayai berpunca daripada kebakaran yang berlaku di kawasan hutan berhampiran.

Kejadian dilaporkan bermula jam 12 tengah hari semalam dan merebak ke hampir keseluruhan tapak simpanan tayar terpakai pada jam 3.15 petang.

Pasukan JBPM Negeri Sabah telah tiba di lokasi kejadian sekitar jam 4.55 petang bagi memulakan operasi pemadaman api. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Jambatan Kg Lungkidau dibina semula tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular