HomePolitikPemimpin akar umbi guna platform media sosial bantu kerajaan jelaskan pencapaian Hala...

Pemimpin akar umbi guna platform media sosial bantu kerajaan jelaskan pencapaian Hala Tuju SMJ

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Semua kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau di setiap peringkat perlu bijak menggunakan saluran ‘Media Sosial’ bagi membantu kerajaan menerangkan pencapaian serta maklumat hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada rakyat di akar umbi.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Mohamad Razali Razi berkata, jawatankuasa kepimpinan PGRS Darau di setiap peringkat merupakan individu paling penting bagi memberi penerangan pencapaian kerajaan selepas mengambil alih kepimpinan sejak 2020.

Katanya, peranan jawatankuasa parti di setiap peringkat sangat penting berikutan mereka menjadi wakil kepada kerajaan dalam usaha menyampaikan maklumat sekali gus menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul di kawasan mereka.

“Kerajaan Negeri menerusi Sabah Maju Jaya adalah merupakan hala tuju perancangan jangka panjang yang digariskan, ia sudah tentu akan memakan masa untuk mencapai matlamatnya.

“Kita melihat hampir setiap hari pembangkang menggunakan ruangan media sosial memainkan isu bekalan air, elektrik dan jalan raya…Untuk makluman semua, masalah ini bukan baharu malah kita warisi daripada kepimpinan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Moreh bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian parti itu bersama kepimpinan PGRS Bahagian Darau di setiap peringkat di sini semalam.

Mohamad Razali merupakan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, berkata, semua individu yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti kepimpinan Gagasan Rakyat Darau di setiap peringkat bukan hanya membantu kempen atau menambah ahli, malah bertindak dalam membantu menerangkan pencapaian kerajaan untuk disampaikan kepada penduduk di peringkat akar umbi.

“Sebagai contoh jelas terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bantuan rumah kepada mereka yang kurang berkemampuan melalui program Rumah Mesra SMJ.

“Kita bukan duduk diam…Oleh itu saya mengharapkan agar semua kepimpinan PGRS Darau di setiap peringkat memainkan peranan mereka dengan menggunakan saliran media sosial masing-masing sekali gus komited dalam membantu menerangkan pencapaian kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi,” jelas Mohamad Razali.

Menurutnya, beliau tidak mahu pemimpin akar umbi bersikap sambil lewa berikutan rakyat akan menunding jari kepada kerajaan pada hari ini sekiranya masalah mereka lambat diselesaikan.

“Kita yakin kerajaan negeri yang ada ketika ini sudah banyak memberikan perubahan, malah masih banyak lagi dalam perancangan hala tuju Sabah Maju Jaya yang akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat dalam masa terdekat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Zaitun Kassim dan Naib Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Ramlan Awal.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya