HomeIsu tempatanJKNS agih 800 pek bubur lambuk

JKNS agih 800 pek bubur lambuk

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi Program Ramadan Kelab Sosial Dan Kebajikan Bahagian Pengurusan (KESKAP) mengagihkan 800 pek bubur lambuk.

Program tersebut yang dianjurkan bersama ADABI Sabah Distribution Sdn. Bhd., Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah disempurnakan oleh Pengarah JKNS, Datuk Dr. Asits Sanna.

Dr Asits berkata, program sebegini diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga rumah persekutuan dan juga orang awam.

“Sebanyak 800 pek bubur lambuk diagihkan kepada warga rumah persekutuan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga kerja rumah persekutuan.

“Selain itu, kita juga turut menyantuni orang awam yang datang berurusan di bangunan ini termasuklah para pemandu yang lalu di hadapan rumah persekutuan.

“Diharapkan program sebegini akan berterusan pada masa akan datang memandangkan ia merupakan cara kita menyantuni masyarakat di sekitar kita,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Pengagihan Bubur Lambuk JKNS di Rumah Persekutuan, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Asits turut berpesan kepada masyarakat agar membudayakan cara hidup sihat sempena bulan Ramadan ini.

“Sempena bulan puasa ni, kita perlu ambil peluang mengurangkan pengambilan kandungan gula yang tinggi, kandungan lemak dan garam untuk mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

“Selain itu, puasa juga merupakan peluang kepada perokok untuk mula berhenti memandangkan ia melatih diri untuk tidak merokok dalam tempoh lama iaitu lebih kurang 13 jam sehari.

Beliau turut menasihati orang awam untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang penyakit yang tidak diingini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya