HomeUtamaBantuan 'one-off' beli tiket penerbangan alternatif ringankan beban pelajar

Bantuan ‘one-off’ beli tiket penerbangan alternatif ringankan beban pelajar

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Inisiatif Kerajaan negeri memberi bantuan sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah merupakan satu alternatif bagi membantu meringankan beban pelajar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, inisiatif itu juga dapat membantu para pelajar untuk memberi tiket penerbangan khususnya ketika kecemasan dan perayaan.

“Alhamdulilah, semalam Ketua Menteri telah mengumumkan bantuan sekali bayar sebanyak RM600 kepada pelajar Sabah yang di Semenanjung, Sarawak dan Labuan untuk tujuan pembelian tiket penerbangan.

“Sudah tentu ini akan dapat meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan khususnya ketika kecemasan dan perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, Kerajaan Sabah sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat khususnya bagi sesetengah pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan.

“Bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan, ini satu inisiatif berguna untuk mereka dan kerajaan negeri akan membantu mereka,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah yang belajar di IPT di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Pengumuman itu dibuat selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas Pulau Pinang yang turut dihadiri kira-kira1,400 pelajar Sabah yang menuntut di IPT di Semenanjung.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi terhadap peniaga Pakistan naikkan harga barang jualan – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular