HomeUtamaKYS hargai semangat pelajar berjuang timba ilmu di perantauan

KYS hargai semangat pelajar berjuang timba ilmu di perantauan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Pulau Pinang : Penganjuran program berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) di Semenanjung bersama para mahasiswa Sabah merupakan satu bentuk penghargaan dan pembakar semangat.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, majlis itu juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk beramah mesra dengan pemimpin negeri Sabah.

“Penganjuran program berbuka puasa ini merupakan salah satu bentuk penghargaan dan pembakar semangat bagi anak-anak Sabah yang sedang berjuang menimba ilmu di perantauan.

“Saya faham, bukan mudah duduk berjauhan dari keluarga tercinta. Kami menghargai pengorbanan anda demi pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, majlis berbuka puasa mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung bersama Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah diadakan bertempat di SETIA SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

Seramai 1,400 orang para siswa-siswi dari 22 buah institusi pengajian tinggi di Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia telah berkumpul di Pulau Pinang untuk acara tersebut.

Gulamhaidar berkata, majlis itu juga dapat memberi peluang untuk para pelajar beramah mesra dengan rakan lain yang menuntut dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung di samping mempamerkan keunikan budaya negeri Sabah yang hidup aman dan harmoni.

Majlis tersebut diisi dengan pengisian tazkirah Ramadan, jamuan berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.

Majlis berbuka puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia ini merupakan program tahunan Kumpulan Yayasan Sabah yang telah diadakan sejak tahun 2005. – SABAH MEDIA / FOTO Yayasan Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular