HomeIsu tempatanKTYS anjur "Program Edaran Bubur Lambuk" dengan kerjasama rakan komuniti

KTYS anjur “Program Edaran Bubur Lambuk” dengan kerjasama rakan komuniti

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dengan kerjasama rakan komuniti Tabung Haji, TH Travel, Bank Islam, dan Adabi telah menganjurkan “Program Edaran Bubur Lambuk” sempena Ramadan di Kampus Bandaraya, Sembulan baru-baru ini.

Program yang bertujuan untuk memupuk kerjasama dan hubungan erat sepanjang bulan mulia itu menyaksikan penyertaan yang meriah daripada Majlis Perwakilan Pelajar KTYS, pelajar, serta kakitangan KTYS dan rakan komuniti.

Pelajar dan kakitangan dari program Kulinari KTYS memainkan peranan penting dalam memasak dan penyediaan bubur lambuk yang lazat sebagai sebahagian daripada komitmen kolej terhadap pembelajaran praktikal dan khidmat masyarakat.

Bubur lambuk yang telah siap dimasak diagihkan kepada kepada kakitangan dan pelajar kolej berkenaan.

Selain aktiviti memasak, Tabung Haji, TH Travel and Services, dan Adabi turut membuka gerai mereka yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan menjual produk mereka.

Sementara itu, Pengerusi KKYS Sdn Bhd, Datuk Tah Nia Jaman, melahirkan rasa terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua pihak yang amat menggalakkan dalam program tersebut.

“Kami gembira dan bersyukur melihat masyarakat bersatu dalam semangat memberi, yang mana kejayaan program ini adalah bukti kuasa kerjasama dan kasih sayang.

“Kami amat percaya akan kepentingan memberi kembali kepada masyarakat dan menjadikan sesuatu yang positif serta memberi impak kepada kehidupan orang lain,” kata Tah Nia dalam ucapannya pada acara itu.

Minggu lalu, kakitangan KTYS yang diketuai oleh Datuk Tah Nia turut mengunjungi Home Tuaran untuk mengagihkan barangan keperluan harian dan sumbangan wang tunai daripada kakitangan KTYS sebagai salah satu aktiviti Ramadannya.

Home Tuaran, diusahakan oleh Sulaiman Osman merupakan rumah anak yatim untuk remaja lelaki dan telah beroperasi sejak tahun 2014.

Selain menyediakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan kelayakan akademik kepada belia tempatan, KTYS juga komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memupuk budaya penyayang melalui aktiviti kebajikan tahunannya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Cawangan Tabung Haji Sabah, Abdul Samat @ Musa Mansur, Ketua Pejabat Wilayah, TH Travel and Services, Hidam @ Adam Tory, Pengurus Besar Adabi Sabah Muhd Zahari Muhd Nasir, dan Pengurus Cawangan Perniagaan, Bank Islam Lailatuakmar Ismail.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

OHSC UMS anjur program kesedaran kerintangan antimikrobial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular