HomeUtamaPengarah KK Mart, pembekal stoking didakwa

Pengarah KK Mart, pembekal stoking didakwa

Read Time:1 Minute, 3 Second

SHAH ALAM — Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan itu dijalankan di hadapan hakim Muhamad Anas Mahadzir di mana Chai dan Loh yang merupakan pengarah syarikat terbabit didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.

Tiga individu lain yang merupakan pengarah syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd – yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah kepada KK Mart juga turut dikenakan pertuduhan.

Goh Li Huay, Soh Hui San dan Soh Chin Huat yang didakwa bersubahat dengan KK Mart dan berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dan dibaca bersama Seksyen 298.

Ketiga-tiga mereka yang mempunyai pertalian antara satu sama juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Seksyen 298 itu membabitkan perbuatan menyebut perkataan atau sebagainya dengan sengaja dengan niat mahu melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan pelakunya boileh dipenjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Selain individu, pihak pendakwaan turut mendakwa KK Mart dan Xin Jiang Chang sebagai entiti dalam kes itu.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Masri Mohd Daud, Khairul Azreem Mamat, Ku Hayati Ku Haron, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd Azhar.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi terhadap peniaga Pakistan naikkan harga barang jualan – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular