HomeUtamaMangsa kebakaran di Kg Laut Bongawan terima bantuan perkakasan rumah

Mangsa kebakaran di Kg Laut Bongawan terima bantuan perkakasan rumah

Read Time:1 Minute, 40 Second

Bongawan:   Kerajaan menyalurkan bantuan berupa perkakasan rumah berjumlah RM200,000 untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Laut Bongawan.

Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki berkata, bantuan tersebut akan diagihkan dalam masa terdekat selain merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

“Kerajaan telah memberi bantuan bernilai RM200,000 dan kita akan agihkan di mana setiap keluarga akan mendapat bantuan perkakasan rumah.

“Bantuan ini akan diserahkan dalam masa terdekat sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Bagi pihak Pejabat Daerah Membakut saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang diterima mangsa.

“Dari semasa ke semasa telah ramai pihak-pihak tertentu yang telah memberi bantuan kepada mereka dan selepas ini mereka akan mendapat bantuan daripada kerajaan juga,” katanya.

Mengenai perancangan Pejabat Daerah Membakut dalam jangka masa panjang, Ibrahim berkata, pihaknya akan meratakan tapak kebakaran sebelum mengagihkan lot yang sama.

“Untuk jangka masa panjang, pihak Pejabat Daerah Membakut akan mengambil inisiatif untuk meratakan kawasan tapak kebakaran tersebut dan kita akan agihkan kepada mereka dengan setiap lot yang sama..lot masing-masing,” katanya.

Beliau berkta demikian kepada media selepas mengiringi Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Abinan Asli berharap sumbangan yang dihulur yayasan itu dapat mengurangkan beban para mangsa khususnya persiapan menjelang Aidilfitri.

“Pada pagi ini Yayasan Nur Jauhar yang diketuai oleh Toh Puan Norlidah melawat tapak kebakaran di Kg Laut Bongawan, 

“Kita juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan asas kepada para mangsa kebakaran.

“YNJ amat bersimpati atas musibah yang berlaku dan diharapkan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terlibat kerana tidak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Pada majlis ringkas itu, Toh Puan Norlidah yang juga Penaung YNJ menyampaikan sumbangan kepada 29 Ketua Isi Rumah (KIR) dan sempat meninjau tapak kebakaran yang memusnahkan 19 buah rumah yang berlaku pada 29 Februari lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular