HomeUtamaProgram Jetama Underwater Cleanup 2024: 12.1 tan sampah berjaya dikutip

Program Jetama Underwater Cleanup 2024: 12.1 tan sampah berjaya dikutip

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 12.1 tan sampah dasar laut berjaya dikutip menerusi program Jetama Underwater Cleanup 2024 anjuran Jetama Sdn Bhd (Jetama) anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Program empat hari bermula 23 hingga 26 Mac itu melibatkan 60 penyelam, penduduk kampung, selain agensi kerajaan dan swasta.

Dilaksanakan serentak di tiga lokasi berasingan iaitu Pulau Mabul, Semporna, Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, dan Kampung Serusup, Tuaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang berkata, objektif utama penganjuran program adalah bertujuan sebagai usaha mencapai sasaran plastik sifar dalam memastikan kelestarian alam sekitar khususnya di dasar laut.

Katanya, pembuangan sampah di laut antara masalah yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya ketika ini.

“Malahan 90 peratus sampah yang dibuang dan tenggelam ke dasar laut adalah plastik.

“Justeru, jetama mengambil inisiatif seumpama ini agar dapat melestarikan alam sekitar selain mahu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga keindahan laut kita.

“Selain itu, komitmen Jetama bukan hanya sekadar usaha pembersihan semata-mata tetapi kita berpendapat keterlibatan syarikat di dalam program sebegini juga berkait rapat dengan inisiatifnya untuk menangani pencemaran plastik dan mempromosikan kelestarian melalui konsep kredit plastik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Naim berkata, pihaknya mensasarkan 10 tan plastik untuk dikumpulkan dari dari laut namun berjaya mengutip 12.1 tan sepanjang program berlangsung dan ia sekali gus menunjukkan jumlah plastik yang terdapat di dasar laut terlalu banyak.

Oleh itu katanya, Jetama akan meneruskan program seumpama ini dengan memastikan sasaran plastik sifar mampu dicapai setiap tahun selari dengan matlamat yang lebih luas dalam kelestarian dan tanggungjawab Jetama kepada alam sekitar.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular