HomeIsu tempatanWanita Gagasan Rakyat Sabah serah sumbangan mangsa kebakaran di Likas

Wanita Gagasan Rakyat Sabah serah sumbangan mangsa kebakaran di Likas

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 17 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas telah menerima sumbangan daripada Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Dewan Serbaguna Kampung Likas semalam.

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda kepada mangsa kebakaran berkenaan.

Redonah dan rombongan menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas semalam.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku 24 Mac lalu, sebanyak 10 rumah musnah dijilat api di Kampung Muhibbah Likas menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya