HomeUtamaLelaki tempatan didenda RM15,000, ambil dan guna diesel melebihi had kuantiti

Lelaki tempatan didenda RM15,000, ambil dan guna diesel melebihi had kuantiti

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan telah dijatuhkan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas kesalahan mengambil dan menggunakan diesel melebihi had kuantiti.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazlan Emarula dan memutuskan agar hasil jualan minyak diesel
sebanyak RM13,437.50 dirampas dan dilucuthak dijadikan hasil kerajaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh telah menjelaskan denda.

Menurut fakta pertuduhan, kesalahan dilakukan pada 19 Mei 2023 kira-kira jam 4.00 pagi di Stesen Minyak Petron Minitod, Penampang.

Tertuduh telah ditahan bersama barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 6,250 liter yang berada di dalam tangki tiga buah lori.

Pihak polis telah menahan suspek dan barang kes (ekshibit) sebelum menyerahkan kes kepada KPDN Sabah.

Sementara itu, Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas menerusi kenyataan media hari ini berkata, tertuduh telah didakwa di mahkamah kerana telah menimbulkan syak munasabah bahawa ianya telah melakukan kesalahan melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 iaitu dalam perjalanan perniagaan telah menggunakan dan mengambil Barang Kawalan Berjadual minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama.

“Sehubungan itu telah dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama.

“Kejayaan ini adalah mencerminkan kerjasama erat pihak KPDN Sabah dengan agensi-agensi penguatkuasa lain, yang setakat ini telah menghasilkan 67 serahan kes dari Januari hingga 28 Mac 2024 dengan nilai rampasan RM2,014.091.75 daripada pelbagai Agensi Penguatkuasaan termasuklah
PDRM, PPM, PGA, ATM dan JKDM.

“Kes-kes tersebut masih dalam proses siasatan,” katanya.

Menurut Georgie, bagi tempoh yang sama, KPDN Sabah telah mendaftar sebanyak 14 kes di Mahkamah dan enam kes telah selesai pendakwaan dengan jumlah denda sebanyak RM37,500.00. Sementara lapan kes masih dalam prosiding mahkamah.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai agar menyalurkan maklumat sebarang salah laku atau penyelewengan barang kawalan.

Katanya, penyaluran maklumat boleh dibuat kepada mana-mana pejabat cawangan KPDN berdekatan atau melalui platform aduan seperti berikut:
i) Aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii) Portal Aduan: [email protected];
iii) Call centre 1 800 886 800;
iv) Emel ke [email protected]; dan
v) Aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya