HomeUtamaOperasi pembenihan awan di Sabah mula dilaksanakan hari ini

Operasi pembenihan awan di Sabah mula dilaksanakan hari ini

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan yang terjejas akibat kemarau di negeri ini mula dilaksanakan pada hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerusi perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan operasi itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Labuan.

“Pasukan Operasi Pembenihan Awan Sabah, berlepas dari Labuan. Semoga dipermudahkan segalanya,” katanya menerusi perkongsian itu hari ini.

Selain itu, Hajiji turut berkongsi beberapa keping gambar mengenai operasi yang dilaksanakan bersama anggota TUDM dan pegawai jabatan yang terbabit bersiap sedia memasukkan kelengkapan untuk pembenihan awan ke dalam pesawat pengangkut.

Semalam, Hajiji berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengesyorkan operasi pembenihan awan di kawasan yang terjejas akibat cuaca panas dan kering dilaksanakan bermula hari ini hingga Sabtu.

Katanya, operasi pembenihan awan akan dilaksanakan berdasarkan ramalan atmosfera awan yang sesuai untuk menghasilkan hujan jika pembenihan awan dilakukan.

Menurutnya, kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala MET Malaysia telah bersetuju menyediakan sumber manusia dan bantuan teknikal.

Tambahnya lagi, untuk tujuan itu juga, TUDM yang berpangkalan di Labuan akan menyediakan sokongan logistik dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri.

“Kita berharap operasi pembenihan awan akan berjalan lancar dan menghasilkan hujan di kawasan terjejas di Sabah,” katanya.

Berdasarkan kemaskini status cuaca panas di laman sesawang METMalaysia setakat kelmarin, daerah Beaufort dan Kota Belud di Sabah antara kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Suhu panas tahap satu merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA / FOTO FB Hajiji Noor

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya