HomeIsu tempatanTiada kes pencemaran makanan di bazar Ramadan - DBKK

Tiada kes pencemaran makanan di bazar Ramadan – DBKK

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Tiada kes pencemaran makanan yang dilaporkan membabitkan bazar Ramadan dibawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sebelum ini telah mengambil sebanyak 80 sampel makanan.

Katanya, sampel itu diambil sepanjang dua minggu operasi bazar Ramadan dilaksanakan di sekitar ibu negeri.

“Jumlah sampel tersebut diambil melalui operasi DBKK bersama JKNS dan agensi-agensi lain adalah untuk memeriksa makanan yang dijual sekiranya terdapat sebarang kandungan tercemar oleh bakteria, seperti salmonella atau escherichia coli (e.coli). 

“Setakat ini hasil dari kajian sampel-sampel tersebut mendapati tidak ada sebarang pencemaran makanan yang dijual oleh peniaga-peniaga bazar Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa DBKK bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di sini, semalam.

Sabin berkata, pihaknya turut menugaskan pekerja DBKK untuk terus membersihkan tapak bazar sejurus sahaja tamat operasi penjualan bagi menjamin kebersihan tapak selepas bazar.

“Para peniaga bazar Ramadan juga sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh DBKK untuk membuang sisa makanan di tempat yang ditetapkan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya