HomeIsu tempatanPSUPS anjur program Ihya Ramadan

PSUPS anjur program Ihya Ramadan

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) menganjurkan Program Ihya Ramadan bagi memperkukuhkan lagi silaturahim sesama penjawat awam.

Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Mastina Ibnu Hassan berkata, program berkenaan merupakan aktiviti tahunan bagi PSUPS yang diadakan pada setiap bulan Ramadan. 

“Seperti lazimnya, PSUPS akan menganjurkan program ini dengan berkongsi rezeki bersama agensi-agensi yang ada di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) ini.    

“Melalui program sebegini akan dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan penjawat awam selain berkongsi rezeki dengan mengedarkan bubur lambuk kepada 26 agensi yang berada di kompleks sini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Iftar KPKPS di sini.

Mastina memaklumkan sebanyak 3,600 pek bubur lambuk dapat dihasilkan untuk diagih kepada penjawat awam yang bertugas di sekitar KPKPS.

Beliau turut memaklumkan Program Ihya Ramadan pada tahun ini merupakan kerjasama antara PSUPS bersama Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik Sabah dan Labuan (PPTDSL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dan Persatuan Kakitangan Awam Persekutuan Sabah (PEKAPS) serta Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd.

Hadir sama, Pengarah JAKIM Sabah, Datuk Norjeli Dais, Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Norali Ag Damit, ketua-ketua serta wakil jabatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya