HomeUtamaMUIS nafi dakwaan salah guna kuasa, pelanggaran tatakelola

MUIS nafi dakwaan salah guna kuasa, pelanggaran tatakelola

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menafikan dakwaan kononnya terdapat salah guna kuasa di dalam pentadbiran MUIS.

Yang Di-Pertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah (defamatory) yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS.

Katanya, dakwaan dan tuduhan itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali telah membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan MUIS dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

“Pihak MUIS ingin merujuk kepada tuduhan-tuduhan yang telah tular di beberapa laman sesawang dan juga media sosial berkenaan dengan kononnya terdapat salahguna kuasa di dalam pentadbiran MUIS.

“Tuduhan tersebut juga mendakwa yang kononnya Ketua Pegawai Eksekutif MUIS telah mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

“Pihak MUIS dengan ini menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah (defamatory) yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS dan juga pentadbirannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahya berkata, pihak MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang telah membuat dan menyebarkan tuduhan- tuduhan tersebut.

Terdahulu, tular sejak pagi tadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan terdapat pelanggaran prosedur dan tatakelola dalam pentadbiran MUIS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya