HomeUtamaKekalkan kesepakatan, keharmonian masyarakat di Sabah

Kekalkan kesepakatan, keharmonian masyarakat di Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sabah akan terus menjadi contoh dalam kesepakatan dan keharmonian hidup masyarakat di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perbezaan kaum dan agama di negeri ini juga tidak menghalang untuk masyarakat sama-sama meraikan perayaan yang dirayakan pelbagai kaum di Malaysia.

“Saya sangat tertarik dengan apa yang diharapkan oleh Ketua Menteri bahawa Sabah akan terus menjadi contoh dalam bidang keharmonian hidup masyarakat di Sabah.

“Meskipun dengan kepelbagaian kaum, perbezaan agama tetapi kita tetap menjadi contoh dalam keharmonian hidup masyarakat di Malaysia selain Ketua Menteri juga terus berusaha menjadikan Sabah ke hadapan selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis program sesi libat urus pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Arifin berkata, pihaknya juga mahu apa yang ada kini akan terus kekal khususnya dalam kestabilan dan keharmonian masyarakat di Sabah.

“Jika kita lihat pada hari ini, yang hadir bersama kita juga ada dalam kalangan rakan-rakan yang bukan beragama Islam namun sama-sama duduk berbuka puasa bersama kita, dan inilah yang perlu kita kekalkan keharmonian yang ada.” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO Japen Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Kilang simen RM1.2 bilion pemangkin pertumbuhan ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya