HomeUtamaKimanis kekal catat IPU tahap kuning lebih 24 jam

Kimanis kekal catat IPU tahap kuning lebih 24 jam

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Kimanis kekal mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap kuning sepanjang lebih 24 jam dengan bacaan terkini 171 sehingga jam 11 pagi tadi.

Bacaan IPU yang direkodkan itu dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di bebeapa kawasan sekitar Kimanis.

Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Kota Kinabalu yang mencatat bacaan 65, Sepanggar (Politeknik Kota Kinabalu) (65) dan Labuan (54) yang dikategorikan sebagai sederhana.

Manakala bagi Keningau, bacaan IPU dikategorikan sebagai baik iaitu dengan bacaan 42; Sandaan 41 dan Tawau 31.

Kebakaran terbuka membabitkan kawasan lalang, belukar dan hutan dikenal pasti antara punca peningkatan bacaan udara.

Semalam, Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah yang mula dilaksanakan selama tiga hari bermula semalam menyasarkan tiga daerah yang terjejas dengan kemarau

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, antara daerah terlibat adalah di Papar, Lahad Datu dan Tawau.

Katanya, pelaksanaan OPA ini dibuat bagi mendapatkan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas.

“Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu menyebabkan seramai 58,080 ketua isi rumah (KIR) dari 355 kampung di 12 daerah di Sabah berdepan masalah kekurangan bekalan air,” katanya.  SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya