HomePolitikGagasan Rakyat Likas kekalkan kerjasama, laksana program bersama GRS-PH Plus

Gagasan Rakyat Likas kekalkan kerjasama, laksana program bersama GRS-PH Plus

Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas mengambil pendekatan mengekalkan kerjasama bukan sahaja dikalangan ahli parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi juga ahli parti dari Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohamad Bahrin Abdul Karim.

Mohamad Bahrin

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan mengekalkan hubungan baik itu adalah untuk kebaikan bersama sekali gus dapat menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup penduduk di kawasan itu.

“Saya sebagai Ketua Bahagian Gagasan Rakyat di kawasan Likas ini bersama bekerjasama dengan PH dalam program-program yang dijalankan supaya kita tidak ada pertindihan program. Maknanya satu kerja itu biarlah berpasukan.

“Kami juga turut mengalu-alukan parti komponen bekerjasama dalam menjayakan apa-apa program yang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Gagasan Rakyat Bahagian Likas bersama pelajar tahfiz di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam tadi.

Bahrin turut memaklumkan setakat ini lebih 2,000 ahli yang berdaftar sertai Gagasan Rakyat bahagian Likas.

“Setakat ini keseluruhan ahli yang berdaftar dengan Gagasan Rakyat Bahagian Likas lebih 2,000 keahlian,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, GRS dilihat mendapat sambutan yang baik dari golongan muda peringkat umur 18 tahun.

“Ramai golongan muda peringkat umur 18 tahun di bahagian Likas ini berminat dengan parti Gagasan Rakyat, mungkin mereka berminat apa yang ditonjolkan GRS iaitu manifestonya Sabah Maju Jaya,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa tersebut turut disertakan dengan penyampaian sumbangan raya kepada 20 pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Masjid SDA, Kota Kinabalu.

Bahrin berharap usaha Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah itu akan terus mendapat sokongan dan bantuan semua pihak khususnya warga bandaraya Kota Kinabalu.

“Majlis ini diadakan sebagai salah satu sumbangan kita untuk lebih dekat dengan rakyat selain dapat mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak,” katanya.

Turut hadir Penolong Bendahari Golden Lim; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din; Ketua Pemuda, Syahmee Mohd Ron; Ketua Beliawanis, Noor Azee Ashikeen Asngari, ahli-ahli Gagasan Rakyat Likas serta kepimpinan peringkat bahagian.

Menurut Bahrin, aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada golongan warga emas semata-mata tetapi perlu libatkan kepada golongan generasi muda dan kaum wanita.

“Hal ini penting bagi memastikan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Saya juga berharap pusat ini mampu melahirkan lebih ramai golongan tahfiz dan imam muda di kawasan berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, imam muda ini boleh membantu untuk mengimamkan solat terutamanya di kampung sekiranya khidmat mereka diperlukan berikutan ketiadaan imam di kampung-kampung tertentu.

Malah katanya, mereka juga dapat dijadikan contoh dalam membentuk akhlak yang baik dalam kalangan remaja lain terutama dalam usaha mengekang pelbagai masalah sosial masa  kini.

“Ini merupakan cadangan saya dan ianya salah satu usaha menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid dan surau serta memberi peluang baharu kepada mereka untuk menonjolkan kepimpinan dengan menjadi imam,” tambah beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya