HomeUtama67 peratus OPA berhasil turunkan hujan di Sabah - Shahelmey

67 peratus OPA berhasil turunkan hujan di Sabah – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 67 peratus kadar kejayaan operasi pembenihan awan (OPA) yang dilancarkan sejak tiga hari lalu telah berjaya menghasilkan hujan turun di beberapa kawasan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Katanya, menurut laporan terkini selepas operasi pembenihan awan dilakukan keberhasilan kadar kejayaan adalah sebanyak 67 peratus, dan didapati hujan telah turun di kawasan Lahad Datu, Papar, dan Kota Kinabalu.

“Namun demikian, kita belum dapat kepastian sama ada hujan itu telah turun di kawasan tadahan hujan yang mana menjadi tempat kepada sumber air kepada empangan-empangan kita,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Iftar Ramadan Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Rakan Media dan OCN24 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, menurut Shahelmey, di Pulau Sebatik, Tawau, empangan yang kering telah mula berfungsi tetapi dalam keadaan yang agak minima dan setakat ini berfungsi pada kadar 0.3 juta liter air sehari (JLH).

“Saya dimaklumkan petang tadi empangan yang kering telah berisi air tapi dalam keadaan minima yang loji rawatan airnya hanya berfungsi dalam 0.3 JLH.

“Namun, Jabatan Air masih meneruskan agihan bekalan air di kawasan tersebut menggunakan air daripada bawah tanah dan juga lori tangki bagi menampung kekurangan yang ada.

“Kita berdoalah memandangkan sekarang sudah memasuki bulan April yang mana Jabatan Metereologi Malaysia telah menyatakan kita akan berada di fasa peralihan monsun dan sudah tentu ada hujan yang akan turun.

“Justeru, ini menjadi harapan kita untuk hujan turun terutamanya di kawasan-kawasan tadahan hujan dahulu untuk sungai-sungai ataupun alir-alir air untuk berfungsi semula dalam jumlah yang mencukupi,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular