HomeSukanPasukan Belakang Boy juara Piala Angpow Raya

Pasukan Belakang Boy juara Piala Angpow Raya

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Belakang Boy berjaya menjuarai kejohanan bola sepak lapan sebelah Piala Angpow Raya yang berakhir Sabtu lalu di Gelanggang Fut8 Jesselton Point di sini.

Kejohanan anjuran Team Presiden Amanah dengan kerjasama Persatuan Anak Malaysia Sabah (PAMS) itu telah disertai sebanyak 32 buah pasukan dari beberapa buah daerah di negeri ini.

Antara daerah yang menyertai termasuklah Kota Kinabalu; Putatan; Papar; Kota Belud; Ranau; dan Lawas Sarawak.

Naib juara kejohanan dimenangi pasukan Jurut FT dan tempat ketiga dimenangi bersama pasukan Darau FT dan Taba FC.

Pengerusi PAMS Rosdy Wasli berkata, kejohanan yang julung kalinya diadakan di Kota Kinabalu itu berjaya mendapat sambutan menggalakkan dari golongan belia apabila lebih 50 penyertaan diterima.

“Bagaimanapun kita terpaksa menerima 32 pasukan sahaja yang mewakili beberapa buah daerah di negeri ini termasuk dari Lawas.  Kejohanan ini telah diadakan selama tiga hari berakhir Sabtu lalu.

“Memandangkan kejohanan ini diadakan pada bulan Ramadan, kita telah adakan pada sebelah malam bermula jam 9 malam sehingga 3 pagi bertempat di Gelanggang Fut8 Jesselton Point.  Sudah tentu kejohanan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia.

“Selain itu kejohanan ini juga mampu memupuk semangat juang dalam suatu pertandingan yang besar selain mengekalkan hobi dalam arena bola sepak sampai bila-bila,” katanya.

Rosdy berkata, pihaknya juga berharap lebih banyak kejohanan seumpama itu dapat dilaksanakan agar belia di negeri ini dapat berkumpul bagi menjalankan aktiviti yang sihat.

Juara kejohanan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, piala dan medal.

Manakala naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala dan medal manakala pemenang bersama ketiga membawa pulang RM1,000 bagi setiap pasukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya