HomeUtamakabel bawah tanah rosak, punca gangguan bekalan elektrik di Labuan

kabel bawah tanah rosak, punca gangguan bekalan elektrik di Labuan

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
merupakan punca kepada gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, kerja-kerja pembaikan ke atas kerosakan yang melibatkan kabel bawah tanah itu memerlukan kepakaran dan kemahiran.

Beliau menjelaskan bahawa gangguan bermula pada 1 April 2024 pada jam 4.22 petang dan telah menjejaskan bekalan elektrik ke kawasan Jeti Lama Labuan, Masjid India, Bangunan Alliance Bank, Melati Inn Hotel, Terminal Ferry Roro, Terminal Ferry Labuan, Labuan Liberty
Port, kawasan Jalan OKK Abdullah, Pejabat Pos Dataran, Mariner Hotel, Jalan Bunga Anggerik dan Jalan Bunga Dahlia.

“SESB Zon Labuan telah menerima makluman gangguan bekalan pada jam 4.22 petang dan pemeriksaan dilaksanakan oleh pasukan kerja teknikal SESB,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dibuat secara berperingkat dan serta merta. Bekalan elektrik hanya berjaya dipulihkan ke beberapa kawasan manakala masih terdapat beberapa kawasan lagi tidak dapat ditenagakan dan memerlukan kerja pembaikan dilaksanakan terlebih dahulu.

Pada jam 7.02 malam, lokasi kerosakan kabel bawah tanah berjaya dikenal pasti dan kerja-
kerja pembaikan dilaksanakan serta merta.

“Kerja-kerja pembaikan dilaksanakan serta-merta sebaik sahaja lokasi kerosakan dikenalpasti. Walaubagaimanapun pada jam 4.00 pagi kerja-kerja terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat yang melanda W.P Labuan,” katanya.

Bekalan pulih sepenuhnya pada jam 12.02 tengah hari pada 2 April, 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular