HomeUtamaMUIS serah kepada peguam, dakwaan salah guna kuasa

MUIS serah kepada peguam, dakwaan salah guna kuasa

Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Mesyuarat Majlis Tertinggi, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hari ini memutuskan menyerahkan kepada pihak peguam mengenai dakwaan salah guna kuasa berkaitan penggunaan wang zakat yang tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin berkata, perkara itu diputuskan setelah tempoh tamat 24 jam pihak MUIS menuntut permohonan maaf secara terbuka sejak semalam sehingga kini tiada yang tampil untuk membuat permohonan maaf tersebut dari pihak yang bertanggungjawab menyebarkan dakwaan itu.

“Oleh itu, kita telah memutuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi, MUIS hari ini, kita serahkan kepada peguam kita. Kita telah dimaklumkan dia (penyebar dakwaan) juga telah melantik peguam. Jadi soal apa yang berlaku, peguam kita akan berbincang dengan peguam dialah.

“Maka tindakan seterusnya kita akan mendapat nasihat daripada peguam kita,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis YDP MUIS Berbuka Puasa dan Menyampaikan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim, di kediamannya di sini pada Khamis.

Menurut Yahya lagi, beliau serahkan semua perkara itu kepada pihak berkenaan.

“Saya tidak boleh bercakap lebih dari itu sebab kes itu kita sudah serahkan kepada pihak polis, pihak berkenaan dan kita pun sudah memanggil peguam kita.

“Harapan saya sebagai YDP MUIS, saya harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan pegawai atau kakitangan MUIS sebab kita diberi amanah apa pun berlaku perlunya kita berbincang dari dalam sebab kita satu keluarga.

“Apatah lagi ianya berkaitan dengan agama, dan perkara zakat ini amat sensitif dan bila kita dituduh menyalahgunakan zakat, ini amat sensitif ia akan menjatuhkan imej MUIS, satu institusi agama yang dihormati.

“Baru juga dalam Dewan Undangan Negeri, Datuk Masidi Manjun memuji-muji kita empat tahun berturut-turut dapat sijil audit bersih dalam pengurusan kewangan yang cukup baik dan apabila dapat dakwaan perkara-perkara seperti ini memang tidak eloklah jadi begitu,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai majlis itu, seramai 50 orang anak yatim dari Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS), Tanjung Aru menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Yahya Hussin.

Sumbangan yang disampaikan berupa wang tunai RM200 setiap seorang dan barangan keperluan makanan masing-masing disumbangkan daripada MUIS dan Koperasi Tanjung Keramat.

Turut diraikan seramai 400 orang ibu-ibu qhatam Quran pada majlis itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya