HomeUtamaTiga daerah di Sabah jadi perintis pelaksanaan Program Ehsan KUSKOP

Tiga daerah di Sabah jadi perintis pelaksanaan Program Ehsan KUSKOP

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Tiga daerah di utara Sabah akan menjadi daerah rintis kepada cadangan pelaksanaan Program Ehsan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu menoktahkan isu kemiskinan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, gerakan keusahawanan, koperasi dan pendidikan yang akan dijadikan sebagai sebahagian daripada usaha itu akan mula dilaksanakan di Kudat; Kota Marudu dan Kota Belud.

“Kita telah membentangkan cadangan Program Ehsan KUSKOP iaitu satu projek dimana kita mahu menjadikan gerakan keusahawanan, koperasi dan pendidikan sebagai sebahagian daripada usaha bagi menoktahkan kemiskinan di Sabah.

“Sebagai sebahagian anggota Kabinet yang berasal dari Sabah, saya terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada permasalahan itu.  Saya berpandangan, kementerian saya juga harus ada penyelesaian.

“Sebab itu kita akan menggerakkan agensi-agensi, pertubuhan atau yayasan yang diletakkan dibawah portfolio saya berada dalam satu sinergi dibawah Program Ehsan KUSKOP yang akan kita mulakan di tiga daerah iaitu Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Iftar bersama warga agensi KUSKOP Penampang dan Kota Kinabalu di sini semalam.

Ewon berkata, pihaknya mahu membangunkan sekurang-kurangnya seorang daripada anggota keluarga itu menjadi usahawan kecil termasuk menjadi penjaja dan peniaga kecil.

“Jika tidak ada halangan, program ini akan mula dilaksanakan dalam separuh penggal kedua dan tiga daerah yang disebutkan itu akan menjadi daerah rintis,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa kepada semua pemimpin di negeri ini untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah isu kemiskinan di Sabah.

“Jadi saya juga ingin menjemput rakan-rakan pemimpin di Sabah, kalau ingin bercakap tentang insiden kemiskinan di negeri ini, mari sama-sama kita jadikan diri kita ini sebahagian daripada penyelesaian masalah tersebut.

“Tidak perlu lagi kita tuding jari siapa menyebabkan kemiskinan ini terjadi, kita rangkul kekuatan yang kita ada, bantu selesaikan masalah ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular