HomeUtamaSuami isteri penjual burger ditangkap dera dua budak lelaki

Suami isteri penjual burger ditangkap dera dua budak lelaki

Read Time:1 Minute, 31 Second

KENINGAU: Sepasang suami isteri penjual burger ditangkap dipercayai terlibat kes penderaan dua budak lelaki dalam kejadian di sebuah bilik sewa di pekan Keningau baru-baru ini.

Dua mangsa tersebut termasuk seorang remaja berumur 13 tahun dan kanak-kanak berumur lima tahun itu dipercayai telah didera oleh kedua-dua suspek pasangan suami isteri masing-masing berusia 27 dan 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai mengesahkan kejadian menerusi kenyataannya semalam berkata, berikutan dengan kejadian itu, seorang pengadu lelaki telah tampil membuat laporan tersebut di Balai Polis Keningau pada Khamis (4 April) jam 9.32 pagi.

Katanya, pengadu telah menerima gambar kesan luka seperti kesan terkena seterika pada badan mangsa daripada seorang rakannya. Pengadu mengesyaki mangsa telah didera oleh seseorang dan seterusnya tampil membuat laporan polis untuk makluman dan tindakan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa tersebut dipercayai telah didera oleh kedua-dua suspek antara 24 Mac hingga 30 Mac 2024 di sebuah bilik sewa suspek di Keningau.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan, belakang, kedua belah kaki dan lengan akibat di tekap seterika panas, disimbah air panas dan dipukul dengan batang besi dan kayu,”

“Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek juga dipercayai merupakan ibu dan bapa tiri mangsa remaja 13 tahun manakala mangsa berusia lima tahun itu adalah anak angkat mereka,” katanya.

Susulan dengan kejadian itu, Yampil berkata, kedua-dua suspek yang juga peniaga burger di pekan Keningau, pihak polis telah berjaya menangkap pasangan itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-dua suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya.

Yampil turut memaklumkan, tahanan reman dikenakan pasangan suami isteri berkenaan bermula hari ini sehingga 9 April 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya