HomeEkonomiAspek Ekonomi, Pelancongan Sabah Berkembang, Menguntungkan Rakyat Dengan Pembinaan Tapak Pelancar Angkasa...

Aspek Ekonomi, Pelancongan Sabah Berkembang, Menguntungkan Rakyat Dengan Pembinaan Tapak Pelancar Angkasa Lepas

Read Time:4 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah bakal memperolehi manfaat yang besar sekaligus menjana ekonomi negeri itu sekiranya ia menjadi lokasi ke-16 di dunia yang memiliki kemudahan pelancaran ke angkasa lepas.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah berkata hasrat dan minat pelabur asing yang melihat potensi membangunkan Sabah dengan arah tujuan berkenaan juga secara tidak langsung akan memajukan Malaysia sebagai negara ke-9 mempunyai kemudahan pelancar angkasa lepas.

“Di dalam Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) ada dinyatakan bahawa industri berkaitan angkasa ini dijangka akan mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu peratus, atau tidak kurang RM10 bilion daripada pendapatan kasar negara.

“Kita melihat terdapat keperluan untuk mewujudkan sumber ekonomi yang baru negara melalui sektor angkasa seiring dengan perkembangan global yang sedang rancak menumpukan kepada aktiviti ekonomi baharu berasaskan angkasa. Dengan adanya perkhidmatan tapak pelancar ia boleh menyumbang pendapatan ekonomi negeri.

“Kedua, kita inginkan supaya sektor angkasa seumpama ini dapat menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 peluang kerja baru kepada generasi akan datang menjelang tahun 2030.

“Kita ada juga kepakaran tempatan dalam bidang sains angkasa tetapi amat kurang peluang atau tawaran pekerjaan berkaitan teknologi angkasa di negara ini. Justeru, penggalakan pertumbuhan industri tempatan di dalam bidang angkasa seumpama ini amat penting, bukan sahaja berpotensi membuka peluang pekerjaan, tetapi turut memastikan bekalan kepakaran tempatan untuk jangka masa panjang adalah terjamin,” katanya ketika ditemubual oleh Sabah Media baru-baru ini.

“Namun begitu, terdapat juga beberapa cabaran dalam usaha membangun industri ini. Salah satunya adalah penerimaan masyarakat terhadap kecanggihan teknologi angkasa. Pengoperasian teknologi angkasa bukan sahaja memerlukan kepakaran tetapi tahap penguasan dan pemahaman terhadap manfaat teknologi ini perlu diterapkan dikalangan masyarakat setempat seperti di Sabah, agar masyarakat dapat menyokong usaha pembangunan industri ini.

“Justeru, usaha promosi teknologi ini mesti kita lakukan sekarang serta berterusan iaitu bukan sahaja dari segi kesedaran, tetapi ilmu itu harus diterapkan terus kepada masyarakat secara keseluruhannya. Dan di dalam konteks ini kita mahu mempromosikan apa yang dipanggil merakyatkan teknologi angkasa,” katanya.

LAPORAN INTERIM KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN
Dilaporkan Sabah bakal menjadi lokasi ke-16 di dunia memiliki kemudahan pelancaran ke angkasa lepas jika kajian kebolehlaksanaan fasiliti itu yang akan dilaksanakan tidak lama lagi menunjukkan hasil yang positif.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata jika menjadi kenyataan, ia juga akan meletakkan Malaysia sebagai negara kesembilan mempunyai kemudahan pelancaran angkasa lepas.

Katanya, kajian kebolehlaksanaan itu adalah langkah pertama yang dilaksanakan selepas penubuhan Perbadanan Industri Angkasa Lepas Sabah yang sudah dipersetujui Kabinet negeri sebelum ini dan turut menyaksikan menyaksikan penyerahan surat niat (LoI) kajian kebolehlaksanaan pembinaan kemudahan pelancaran angkasa lepas di antara Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ketika itu , Datuk Zainuddin Aman dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Sovereign Sengalang Sdn Bhd, Ezra Effendi.

Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dan kerajaan negeri bakal melakar sejarah di Malaysia dengan penubuhan agensi itu nanti.

Sementara itu Pada tahun lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang telah mengumumkan bahawa kerajaan telahpun melancarkan garis panduan mengenai kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas dan memberikan kurang setahun kepada semua pihak yang berminat untuk menyediakan laporan berkenaan.

Memetik laporan Menteri MOSTI itu, beliau berkata bahawa Malaysia mungkin akan mempunyai tapak pelancaran roket sebelum 2030 kelak. Dengan langkah ini, industri aeroangkasa di Malaysia dijangka akan terus mekar dan membolehkan Malaysia menerajui arena ini di rantau sini.

Menurut Azlikamil salah satu laporan interim yang sedang diteliti adalah dari satu pihak dari Sabah yang telahpun melaksanakan kajian kebolehlaksanaannya.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini

“Dan kita sedang mengaturkan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk sama-sama kita melihat hasil laporan interim berkenaan”.

“Sekiranya perlu, kita juga akan membuat langkah selanjutnya termasuk memberikan khidmat nasihat yang mungkin diperlukan oleh pihak yang akan melaksanakannya pada masa akan datang.

Menurutnya apa yang lebih penting adalah di dalam sesi libat urus itu nanti, semua pihak yang terlibat dan berautoriti dapat memahami proses sebenar untuk membangunkan perkhidmatan pelancar ini daripada peringkat pembinaan sehingga pengoperasiannya” katanya lagi.

MENGAPA SABAH DILIHAT SESUAI DAN APAKAH POTENSINYA

Keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan fasiliti pelancar kerana ia merupakan lokasi strategik untuk pelancaran roket bagi membawa objek atau peralatan ke angkasa lepas seperti pelbagai jenis satelit.

“Sekiranya kita berjaya menyediakan perkhidmatan ini bermakna Sabah atau Malaysia secara amnya akan menjadi tumpuan pemain industri angkasa lepas dan para saintis seluruh dunia untuk melancarkan roket ke angkasa dengan lebih cepat dan kos yang efektif.

“Begitu juga Sabah berpotensi mengembangkan industri elektrik dan elektronik serta aeroangkasa pada masa hadapan.

“Jika kita lihat contoh negara-negara yang ada perkhidmatan tapak pelancar roket ini juga, ia turut memberi faedah kepada industri-industri lain seperti pembuatan, telekomunikasi, sumber tenaga, pembangunan infrastruktur, dan pengangkutan negara berkenaan,” ujar Azlikamil.

Mengulas lanjut, Azlikamil percaya pelbagai aspek ekonomi sampingan lain boleh dijana menerusi perkhidmatan tapak pelancar angkasa lepas ini, terutama industri pelancongan berasaskan sains angkasa yang amat berpotensi di Sabah.

“Jadi kita kena mula darI sekarang, kita kena memainkan peranan yang agresif dengan menyediakan ilmu angkasa lepas kepada masyarakat khususnya generasi muda.

“Kita juga perlu wujudkan program kesedaran berkenaan perkhidmatan tapak pelancar roket kepada anak-anak muda, terutama pelajar sekolah kerana mereka ini yang akan menjadi tenaga pakar tempatan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita turut menggalakan pelbagai agensi bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama terlibat atau memberi galakan kepada pelaksanaan program kesedaran ini supaya wujudnya keterangkuman dan kesinambungan dalam mencapai tujuan ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya