HomeUtamaMangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

Read Time:2 Minute, 6 Second

PAPAR: Seorang mangsa lelaki mengalami patah tulang dan luka di lengan tangan kiri dan kanan selepas bergelut dengan suspek dalam kejadian samun bersenjata di tepi laluan jalan masuk, Melinsung Summer Bay Apartment dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka mengesahkan kejadian ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 pagi (1 Mei 2024) di tempat letak kenderaan di hadapan salah sebuah kedai di Melinsung Summer Bay Apartment, pengadu seorang perempuan tempatan berusia 23 tahun keluar dari keretanya dan tiba-tiba didatangi seorang individu (suspek) yang mana keluar dari kereta Myvi jenis model lama berwarna silver nombor pendaftaran (tidak pasti).

“Suspek dikatakan memakai topi keledar warna biru dan membawa benda tajam disyaki sebilah samurai. Tiba-tiba suspek telah merampas beg silang milik pengadu yang mengandungi sebuah telefon bimbit jenama Vivo serta dokumen-dokumen pengadu.

“Semasa kejadian itu berlaku, tunang pengadu , seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun (mangsa) yang ada bersama pengadu ketika itu terus bergelut dengan suspek.

“Suspek telah menetak mangsa tadi sebanyak dua kali dengan samurai dan menyebabkan mangsa mendapat cedera di kedua-dua belah tangannya.

“Selepas itu suspek melarikan diri dengan kenderaannya tadi yang mana dipandu oleh seorang lagi rakan suspek,” katanya.

Menurut Kamaruddin, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Papar untuk menerima rawatan.

“”Rawatan dibuat oleh pihak Hospital Papar dan mangsa mengalami patah tulang, luka dalam dengan potongan otot di bahagian lengan bawah tangan kiri dan kecederaan luar di bahagian lengan bawah tangan kanan. Mangsa dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati semasa kejadian pengadu bersama tunangnya baru sahaja selesai menghantar sayur di Kota Kinabalu dan singgah di kedai makan kawasan Melinsung Summer Bay untuk makan malam sebelum balik ke Papar.

“Pihak polis masih berusaha dan membuat risikan untuk kesan suspek terlibat. Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang menetak mangsa dengan senjata samurai dikatakan seorang lelaki berbadan kurus yang memakai topi keledar warna biru, berjaket dan berseluar panjang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada orang awam supaya tidak berjalan di kawasan yang agak gelap dan sunyi di waktu malam.

“Selain itu perlu meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang terang atau ada lampu serta memastikan kawasan persekitaran adalah selamat sebelum bergerak ke mana-mana.

“Orang awam juga diminta untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis dengan kadar segera di talian 088-912222 atau memaklumkan kepada Balai Polis berdekatan.

“Sekiranya ada maklumat berkaitan kes ini, orang awam diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Wong Yew Zhung di talian 010-5635169,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular