HomeUtamaTerus kekalkan perpaduan, bersama bangunkan Sabah

Terus kekalkan perpaduan, bersama bangunkan Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Rakyat di Sabah diminta untuk terus mengekalkan perpaduan dan bersama-sama mengukuhkan iltizam bagi membangunkan dan memajukan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri yang dipimpinnya sejak lebih tiga tahun lalu telah mengharungi pelbagai bentuk ujian dan cabaran.

“Bermula serangan pandemik hinggalah membawa kepada isu ekonomi dan pergolakan politik. Namun, berkat kesabaran, kecekalan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, semuanya kita hadapi dengan penuh tabah dan bijaksana.

“Dalam masa sama, saya juga berasa bangga kerana negeri Sabah yang dianugerahi kepelbagaian budaya dan kepercayaan, membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini hari ini.

Hajiji berkata, keadaan ini telah membuka ruang yang luas untuk semua mengeksploitasi keupayaan diri dan membawa keluarga, masyarakat, negeri dan negara ke tahap yang lebih baik.

Katanya, inilah pentingnya keamanan biarpun berbeza agama, budaya dan kepercayaan.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan petugas barisan hadapan yang tidak pernah jemu berkhidmat demi untuk negara termasuk pada musim perayaan.

“Tidak dilupakan kepada mereka yang serba kekurangan untuk terus diingati dan dibantu terutama pada musim perayaan ini.

“Saat ini juga adalah masanya untuk kita saling kunjung mengunjungi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

“Sehubungan itu, saya bagi pihak keluarga, jemaah menteri dan kerajaan negeri mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA  / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular