HomeUtamaRumah SMJ bukti Kerajaan GRS bantu rakyat kurang berkemampuan

Rumah SMJ bukti Kerajaan GRS bantu rakyat kurang berkemampuan

Read Time:1 Minute, 34 Second

Beaufort : Pembinaan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan pada 2022 merupakan antara bukti usaha Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membantu rakyat kurang berkemampuan di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu sengaja dinafikan pihak tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang.

“Inilah sebenarnya slogan SMJ yang ada dijata negeri, seperti mana yang telah kita lihat, semua 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah telah pun menerima rumah SMJ untuk diberikan kepada mereka yang berada dalam kategori miskin tegar.

“Sudah tentu dengan adanya rumah ini, kita dapat memberi keselesaan kepada mereka yang sebelum ini tinggal dirumah daif.  Sudah pasti juga ini akan dapat membantu menguruskan keluarga penerima dengan lebih selesa.

“Sebenarnya tohmahan pihak-pihak tertentu bahawa Kerajaan GRS hari ini gagal dengan slogan SMJ itu yang sebenarnya mereka (pembangkang) tidak melihat apa yang Kerajaan laksanakan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan replica kunci kepada penerima-penerima rumah SMJ di kawasan DUN Lumadan di sini baru-baru ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut berharap agar para penerima dapat menjaga rumah berkenaan dengan baik termasuk memberi didikan kepada anak-anak untuk mendapat pendidikan lebih baik.

“Dengan adanya rumah ini, saya berharap mereka akan dapat juga memberi pendidikan kepada anak-anak mereka, ini sudah tentu menjadi harapan kepada mereka, bila rumah selesa, anak-anak juga akan selesa belajar.

“Cubaan pembangkang untuk menafikan kejayaan Kerajaan GRS pada masa ini merupakan salah satu cubaan untuk mengelirukan rakyat dan kita tidak mahu perkara ini diputarbelitkan pihak tertentu sebagai mengambil pengaruh dalam sokongan mereka,” katanya.

Pada 2022, DUN Lumadan telah membangunkan sebanyak 20 buah rumah SMJ dan telah diserahkan pada hari ini.

Manakala bagi tahun 2023 dan tahun ini, DUN Lumadan turut membangunkan 40 buah rumah masing-masing sebanyak 20 buah. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular