HomeSukanPerlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei

Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara Selangor FC pada 10 Mei.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan perlawanan pembuka tirai itu, akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor dan disusuli dengan saingan Liga Super 2024/2025 pada hari berikutnya.

Pemenang pada perlawanan berkenaan dalam masa sama akan meraih tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta Liga Super musim baharu itu.

MFL dalam pada itu mengumumkan jadual perlawanan minggu pertama sehingga minggu ke-13 (LS1-LS13) melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024/2025 menerusi satu pautan di laman sesawang rasminya.

“Bagaimanapun sekiranya badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hanya 12 kelab sahaja yang layak bertanding di dalam Liga-M musim ini, MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga-M yang lengkap untuk semusim,” menurut kenyataan itu.

MFL dalam masa sama menjelaskan penyediaan kalendar Liga-M musim baharu telah mengambil kira pelbagai aspek, antaranya kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2023 melibatkan latihan pasukan kebangsaan (kelayakan Piala Dunia 2026), Liga Juara-juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-juara AFC 2 (ACL2).

Kejohanan Piala FA pula bakal berlangsung pada 13 Jun sehingga aksi final pada 24 Ogos.

Menurut kenyataan itu, format pertandingan Piala FA 2024 akan dimaklumkan selepas pengesahan oleh FIB, berkenaan jumlah kelab yang akan bertanding di dalam Liga-M termasuk bagi Piala Malaysia dan Piala Cabaran MFL.

Manakala jadual dan format pertandingan Piala MFL akan dimaklumkan dalam masa terdekat.  BERNAMA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 130 pasukan sahkan sertai Perahu Naga Antarabangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular