HomeUtamaTun Juhar, Hajiji tunai solat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid...

Tun Juhar, Hajiji tunai solat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri di sini pagi tadi.

Juhar dan isteri tiba di masjid itu pada jam 7.20 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut menyambut ketibaan Juhar Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama solat sunat Aidilfitri di masjid itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Solat diimamkan Imam Besar, Suhaidi Kuanting manakala Bungsu menyampaikan khutbah bertajuk Azam Lakukan Perubahan Capai Kemajuan.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, Juhar turut bersalaman bersama jemaah di masjid berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO MAHA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular