HomeUtamaManfaatkan Syawal erat hubungan, perkasa keharmonian pelbagai kaum di Sabah

Manfaatkan Syawal erat hubungan, perkasa keharmonian pelbagai kaum di Sabah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Rakyat di negeri ini diseru untuk bersama-sama memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan memperkasa keharmonian pelbagai kaum di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sabah terkenal dengan kepelbagaian kaum yang sentiasa hidup harmoni dan meraikan perayaan tanpa perbezaan fahaman agaman.

“Saya meminta agar rakyat di Sabah khususnya memanfaatkan Aidilfitri ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan terus memperkasa keharmonian dalam kalangan kita.

“Seperti mana yang kita maklum bahawa negeri Sabah khususnya masyarakat kita sentiasa hidup harmoni di kalangan pelbagai kaum dan berbeza agama, kita tetap meraikan.

“Ini yang perlu kita pertahankan sempena bulan Syawal yang mulia ini. Perbanyakkan silaturrahim, ziarah menziaraho dan manfaatkan nilai berkenaan dengan menyambung silaturrahim sesama kita dan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri di sini pagi tadi.

Terdahulu, lebih 3,500 jemaah turut sama hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Juhar dan isteri tiba di masjid itu pada jam 7.20 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut menyambut ketibaan Juhar Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Arifin.

Hadir sama solat sunat Aidilfitri di masjid itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Solat diimamkan Imam Besar, Suhaidi Kuanting manakala Bungsu menyampaikan khutbah bertajuk Azam Lakukan Perubahan Capai Kemajuan.

Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, Juhar turut bersalaman bersama jemaah di masjid berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular