HomeSukanTunjukkan komitmen, capai sasaran ditetapkan pihak pengurusan

Tunjukkan komitmen, capai sasaran ditetapkan pihak pengurusan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Liga Bola Sepak Malaysia bawah 23 tahun (MFL U23) Sabah FC perlu menunjukkan semangat juang yang tinggi sekali gus mampu mencipta sejarah menjadi juara liga musim ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini termasuk menunjukkan komitmen semangat yang tinggi ketika beraksi berdepan pihak lawan ketika di padang.

Katanya, tiada lagi alasan atau perkara mustahil untuk dicapai apabila pasukan ini gigih membuat persiapan rapi sekali gus bersungguh-sungguh mengharumkan nama Sabah dipersada liga nanti.

“Saya difahamkan Pasukan MFL U23 Sabah FC, dibarisi oleh pemain tempatan yang sangat berbakat, sangat berdisiplin serta komited dalam setiap kali menjalani sesi latihan.

“Pihak pengurusan yakin sekiranya komitmen ini sentiasa dikekalkan, adalah tidak mustahil mereka boleh mencapai kedudukan yang terbaik dalam carta liga musim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali di Kampung Tambalang, Tuaran.

Hajiji berkata, komitmen berterusan pihak kejurulatihan juga memainkan peranan penting sekali gus berupaya dalam menetapkan sasaran yang digariskan oleh pengurusan MFL U23.

“Jangan berputus-asa selagi kamu berada dalam padang, tunjukkan komitmen serta semangat juang tinggi dan jangan gentar menghadapi musuh.

“Saya serta barisan pihak pengurusan sentiasa memberikan sokongan moral serta memastikan nama Sabah Maju Jaya dapat diterjemahkan untuk mencapai kejayaan di persada liga nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali menzahirkan penghargaan atas kehadiran Ketua Menteri Sabah sekali gus turut mendoakan kejayaan Pasukan MFL U23 Sabah FC yang memulakan kempen pertama menjelang Mei depan.

“Sudah pasti lontaran kata-kata semangat serta sokongan beliau selaku pemimpin nombor satu di negeri ini sangat bermakna buat pasukan ini.

“Semoga ia akan menjadi pembakar semangat buat pemain muda ini untuk mengorak langkah lebih agresif  untuk menggenggam kejayaan di masa depan,” katanya. SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya