HomeIsu tempatanJambatan roboh, empat cedera ringan

Jambatan roboh, empat cedera ringan

Read Time:41 Second

SEMPORNA: Empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan apabila jambatan yang dilalui roboh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bangau Bangau di sini malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 8.03 malam tadi.

“Sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian jambatan roboh.

“Jambatan simen sepanjang 300 meter itu roboh mengakibatkan sebuah rumah turut mengalami kerosakan 80 peratus dan sebuah motosikal jatuh ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat empat orang mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan terlibat.

“Dua orang mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam manakala dua orang lagi mangsa hanya cedera ringan dirawat oleh pasukan EMRS dan menolak untuk dihantar ke hospital,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

51 pelajar sertai Bengkel Perpustakaan OPAC, u-Pustaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular