HomePolitikNga tuduh pihak terlibat kempen boikot sebagai 'penghasut'

Nga tuduh pihak terlibat kempen boikot sebagai ‘penghasut’

Read Time:1 Minute, 22 Second

CYBERJAYA — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menuduh mereka yang menyeru boikot sebagai “penghasut” yang merosakkan ekonomi negara, dalam komen yang ditujukan terhadap kempen boikot beberapa jenama ekoran serangan israel keatas palestin

Nga, yang juga naib pengerusi DAP, mengulas laporan berita berbahasa Cina mengenai pekerja yang terkesan dengan kempen boikot terhadap sebuah jenama makanan segera, antara yang menjadi sasaran kempen boikot anti-Israel sejak tahun lalu.

“Jangan sekali-kali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” kata Nga dalam satu kiriman di media sosial.

Beliau menyifatkan mereka yang memboikot rantaian makanan segera sebagai tidak bertanggungjawab, sambil menambah ia menjejaskan ekonomi Malaysia.

Komen itu mendapat reaksi keras daripada netizen, yang mengkritik Nga kerana menyalahkan ekonomi yang lemah ke atas kempen boikot anti-Israel.

Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna laman berkata @solidsitor berkata ” Lagi Nga Kor Ming cakap, lagi kuat rakyat akan boikot. Your words may result in even further damage to the business, if it hasn’t already.”

sementara @zulmzs pula berkata ” Orang boikot kedai A, orang pergi beli kedai B. Bukan boikot tak keluar duit terus. Aliran duit masih ada cuma beralih arah. Contoh boikot starbucks, zus coffee booming. Bingai”

manakala @zrulhisyam berkata its 2024 and u still have this kinda mentality ? boycotting and whatsoever it is customer right .. tetapi kebajikan pekerja itu bergantung kepada majikan not us .. btw since when u jadi tukang cakap JCORP ?? tulisnya di laman x itu

Sehingga berita ini diterbitkan, seramai 291 pengguna di laman x itu meninggalkan komen, 134 telah mengulang siar dan sejumlah 133.4k pengguna telah melihat ciapan berkenaan.


RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya