HomeEkonomi“Sebab ada menteri b***h, ekonomi jadi teruk” – Dr Akmal

“Sebab ada menteri b***h, ekonomi jadi teruk” – Dr Akmal

Read Time:52 Second

CYBERJAYA — Ketua Pemuda UMNO berkata, dulu semasa zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ekonomi tetap naik dengan baik walaupun ada kempen boikot dilakukan.

Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, ekonomi negara menjadi teruk sebab ada menteri yang macam Nga Kor Ming.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat kenyataan bahawa akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, pekerja-pekerja kita terpaksa menanggung sengsara.

“Jangan sesekali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan negara,” kata Kor Ming yang turut memuat naik tangkapan skrin daripada laporan media Cina dalam ciapan tersebut.

Sebelum ini Akmal melancarkan boikot kepada KK Mart selepas pasar raya serbaneka itu menjual stoking kalimah Allah.

“Jadi kamu nak beritahu yang kempen boikot ni yang jadi punca ekonomi negara teruk ke?

“Dulu zaman Najib razak kita buat je kempen boikot,tetapi ekonomi tetap naik dengan baik.

“Kepada YB menteri Nga Kor Ming 倪可敏 yang kurang bijaksana,ekonomi negara jadi teruk sebab ada menteri yang mcm kamu!!! katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya