HomePolitikAkmal Diminta Tunjuk Kematangan - Pemuda DAP

Akmal Diminta Tunjuk Kematangan – Pemuda DAP

Read Time:1 Minute, 54 Second

CYBERJAYA : Dr Akmal Saleh digesa oleh rakan sejawat DAP agar tidak kata-mengata susulan komen ketua Pemuda Umno itu terhadap seorang menteri kerana mengaitkan boikot dengan kesusahan yang dialami oleh satu pasangan suami isteri.

Dr Kelvin Yii berkata Akmal selaku pemimpin muda harus menunjukkan contoh dan kematangan apabila berbeza pendapat.

Katanya, kata-mengata telah menjejaskan wacana politik di negara ini.

Seharusnya Akmal “mematahkan dasar dengan dasar, mengusul usul yang lebih baik, dan berwacana secara matang.”

Sama ada setuju atau tidak dengan sesuatu tindakan atau kenyataan, selaku pemimpin muda, beliau harus ketengahkan hujah-hujah yang baik dan matang untuk mematahkan kenyataan tersebut, atau kemuka kritikan membina terhadap isu berbangkit,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Akmal membidas Nga Kor Ming kerana cuba menyalahkan kempen boikot hingga satu pasangan suami isteri mengalami kesusahan.

Akmal, yang mula menyeru KK Mart diboikot susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah, tertanya-tanya sama ada Nga mahu inisiatif itu dipertanggungjawabkan atas keadaan ekonomi semasa.

Menggelar Nga “kurang bijaksana”, Akmal berkata ekonomi negara jadi teruk sebab ada menteri yang macam Nga.

Sementara itu Seorang Ahli Akademik Tajuddin Rasdi menyifatkan Serangan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap menteri persekutuan Nga Kor Ming adalah bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat Malaysia

Jelas Profesor dari UCSI itu Akmal baginya sebagai “sombong dan tidak hormat” untuk komennya tentang Nga.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menggesa pemimpin politik supaya tidak keterlaluan dalam pandangan mereka dalam soal kaum dan agama. Beliau berkata pemimpin mesti menunjukkan teladan dengan menunjukkan kematangan dalam tindakan mereka, kerana ini akan menyatukan masyarakat berbilang budaya Malaysia.

Akmal, yang mendesak untuk memboikot kedai KK Mart, telah berkata awal hari ini bahawa menteri “bodoh” seperti Nga adalah punca ekonomi berada dalam keadaan buruk, bukannya kempen untuk boikot komersial.

Sebagai tindak balas, Tajuddin berkata sukar untuk membina sebuah negara dengan amanah dan hormat apabila pemimpin politik tidak menghormati pemimpin lain daripada masyarakat dan agama lain dengan menggelar mereka sebagai “bodoh”.

“Parti-parti politik yang membenarkan ahli mereka menyemai rasa tidak percaya dan tidak hormat tidak layak mendapat kepercayaan atau penghormatan daripada rakyat seterusnya, dalam mana-mana pilihan raya. Jelas sekali bahawa kita rakyat Malaysia mesti membina semula negara ini sendiri kerana beberapa pemimpin kita tidak lagi boleh menjadi guru dan inspirasi kita,” katanya kepada Portal FMT

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya