HomeUtamaLebih 20,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah

Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba kira-kira jam 10.50 pagi.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang terdahulu tiba di SICC pada jam 10 pagi bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.

Terdahulu, Hajiji dan isteri turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada Persatuan Anak Yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas.

Sejurus selepas itu, Hajiji yang diiringi Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya sempat meluangkan masa bertemu pengunjung yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta menteri-menteri Kabinet Sabah.

Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan khas dan nyanyian dari artis-artis tempatan Sabah.

Shahelmey ketika ditemui berkata, kehadiran pengunjung terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Sabah pada majlis itu dilihat dapat mengukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Alhamdulilah pada hari ini sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan negeri Sabah telah berjalan dengan baik yang mana kehadiran tetamu kehormat Tuan Yang Terutama negeri Sabah (Tun Juhar) bersama Toh Puan turut memeriahkan majlis disamping kehadiran barisan penuh ahli jemaah menteri Kabinet negeri sabah, wakil-wakil rakyat dan orang ramai bagi memeriahkan majlis pada tahun ini.

“Kehadiran dianggarkan lebih 20,000 orang dan apa yang penting adalah kita dapat melihat kehadiran rakyat dari pelbagai suku kaum di Sabah ini bersama-sama pelancong yang turut hadir pada majlis kali ini,” katanya.

Pelbagai juadah antaranya rendang, kolupis (nasi bungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk para tetamu yang datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis rampas lebih RM5 juta pelbagai barangan melalui Operasi Khas Benteras...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular