HomeSukanEmpat jaguh pecut Sabah bakal beraksi di Dubai

Empat jaguh pecut Sabah bakal beraksi di Dubai

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Empat atlet olahraga Sabah bakal mewakili negara ke kejohanan 21st Asian U20 Athletics Championship 2024 yang akan berlangsung selama empat hari di Dubai, UAE.

Kejohanan yang bermula 24 April itu akan disertai oleh Dexter Beddie menerusi acara 100M dan 4x100M; Hanssen Yap Soon Fu (100M/4x100M), Pengiran Aidil Auf Hajam (200M/4×100) dan Muhammad Khalil Bin Helmi (400M).

Kesemua mereka akan berlepas ke Dubai dari ibu negara bersama 12 lagi atlet muda yang layak dari seluruh negara pada 21 April ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, bantuan kewangan akan disalurkan kepada atlet berkenaan bagi memudahkan urusan perjalanan menerusi geran tahunan yang telah diperuntukkan kepada persatuan.

Katanya, pihaknya berharap agar keempat-empt atlet ini akan dapat melakar kejayaan dan rakyat Sabah berbangga dengan pencapaian mereka.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Presiden Olahraga Sabah Mohamat Hassan di sini hari ini.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor serta ibubapa atlet.

Hanssen yang raja pecut dalam acara 100 meter Sukan Sabah (SAGA) 2023 berkata, beliau akan membuat yang terbaik dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu nanti.

Rakannya, Dexter Bedie berkata, pemilihannya dalam senarai pendek atlet yang mewakili negara ke kejohanan itu amatlah menggembirakan beliau.

“Saya amat gembira, sebab dari dulu lagi saya ada matlamat mahu beraksi kejohanan di luar negara, dan berharap agar membawa balik pingat, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya