HomeUtamaJambatan gantung baharu beri manfaat penduduk Kg Takutan

Jambatan gantung baharu beri manfaat penduduk Kg Takutan

Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU: Penduduk Kampung Takutan kini menarik nafas lega jambatan gantung baharu yang telah siap dibina dan dirasmikan untuk kegunaan aktiviti seharian masyarakat di sekitar kawasan itu.

Jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, hari ini.

Menurut Dr Joachim, jambatan gantung baharu berkenaan telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dan kini, penduduk kampung sudah boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.

“Jambatan gantung ini telah terputus pada tahun 2022 akıbat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat untuk menggunakannya,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian jambatan itu.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung, Erin Laug; Pengerusi JKKK Parvine Yudin dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Secara keseluruhannya, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua lagi yang dibaiki telah siap sepenuhnya.

Terdahulu, Dr. Joachim menghadiri mesyuarat Cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Kg. Takutan yang dihadiri oleh 61 ahli parti dan pemerhati mesyuarat.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli PBS cawangan tersebut yang telah berjaya mengadakan mesyuarat.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya