HomeIsu tempatanBudaya hormat menghormati dalam kalangan masyarakat harus dipertahankan

Budaya hormat menghormati dalam kalangan masyarakat harus dipertahankan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Marudu: Budaya hormat-menghormati, bertoleransi, bersatu padu dan bekerjasama perlu terus dipertahankan oleh para pemimpin khususnya di negeri ini.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, budaya hormat menghormati dan toleransi ini dapat ditonjolkan melalui sambutan pelbagai perayaan utama di negara ini yang dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Sambutan rumah terbuka Hari Raya merupakan tradisi UPKO di mana kita memberi peluang kepada Bahagian-Bahagian untuk menjadi hos. Tahun lepas Rumah Terbuka Hari Raya diadakan di Ranau, tahun ini di Kota Marudu, tahun depan di Libaran.

“Begitu juga dengan sambutan Pesta Kaamatan, Krismas, Tahun Baru Cina dan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang akan dihoskan oleh Bahagian-Bahagian atau dianjurkan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan.

“Awal tahun ini sambutan Krismas dihoskan oleh UPKO Beluran di Telupid. Manakala sambutan Kaamatan pada tahun lepas diadakan di Tamparuli dan tahun ini di Kuala Penyu pada 11 dan 12 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka UPKO Bahagian Kota Marudu, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Kehormat Datuk Wilfred Madius Tangau, Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Mojuntin serta Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Generasi Muda parti itu.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sambutan rumah terbuka seumpama ini perlu dipertahankan bagi mengukuhkan lagi perpaduan bukan hanya dalam kerajaan tetapi perpaduan di kalangan rakyat.

Beliau berkata, selain perpaduan, agenda pembangunan kemudahan rakyat dan kemajuan ekonomi juga perlu diberi tumpuan.

“Penganjuran rumah terbuka seumpama ini dan kebersamaan para pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum dan agama mencerminkan harapan rakyat kepada kita.

“Mudah-mudahan kebersamaan ini berterusan bukan hanya dalam sambutan Hari Raya tetapi perayaan-perayaan utama masyarakat untuk mempertahankan perpaduan rakyat dan keharmonian rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya