HomeUtamaAnak Ketua Polis Lahad Datu maut tertembak diri sendiri

Anak Ketua Polis Lahad Datu maut tertembak diri sendiri

Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Anak kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu maut dipercayai tertembak diri sendiri di rumahnya di Lahad Datu, semalam.

Difahamkan mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu.

Anak remaja perempuan itu dipercayai bermain dengan pistol milik bapanya yang tertinggal di rumah.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Terdahulu media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular