HomeUtama6,034 Orang Guru Cos Baharu Ditempatkan Di  Sekolah Kpm Seluruh Negara

6,034 Orang Guru Cos Baharu Ditempatkan Di  Sekolah Kpm Seluruh Negara

Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR – Seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara bermula 15 April lalu.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen bagi mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” demikian menurut kenyataan itu.

KPM berkata, pihaknya dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Tambahnya, pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya