HomeUtamaSabah kehilangan seorang pemimpin yang luar biasa - Hajiji

Sabah kehilangan seorang pemimpin yang luar biasa – Hajiji

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Sabah kehilangan seorang pemimpin berpengalaman dan luar biasa dengan pemergian Tan Sri Joseph Kurup.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mendiang sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri di peringkat persekutuan selain konsisten membantu rakyat di negeri ini.

“Saya ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Tan Sri Joseph Kurup. 

“Mengimbas kembali masa saya mendapat penghormatan untuk bekerja bersama beliau sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah pada tahun 1994, saya teringat akan kepimpinan beliau yang luar biasa dan sumbangan besar yang telah beliau berikan kepada masyarakat, negeri dan negara.

“Legasi Tan Sri Joseph Kurup adalah satu dedikasi dan perkhidmatan, ia satu kehilangan yang besar kepada kita semua,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Joseph yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya