HomeUtamaKabinet Negeri setuju hidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah

Kabinet Negeri setuju hidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan memastikan keselamatan makanan dalam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kebangkitan semula Lembaga tersebut adalah penting memandangkan Sabah kini mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan berasnya.

“Sabah perlu meningkatkan sara diri makanannya dan kita akan dapat melakukannya dengan kebangkitan
Lembaga Padi dan Beras Sabah itu,” katanya.

“Kabinet Negeri akan mengemukakan syor kepada Yang Dipertua Negeri untuk kelulusan penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 3 Akta Enakmen Lembaga Hasil Pertanian 1981,” katanya pada mesyuarat kabinet, Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini.

Dalam satu langkah tegas, Hajiji berkata Kabinet Negeri juga telah bersetuju untuk memberi kebenaran khas kepada pelabur yang beroperasi di taman perindustrian di negeri ini untuk menubuhkan kemudahan janakuasa tenaga elektrik untuk kegunaan sendiri.

“Langkah ini penting untuk menarik pelabur dan mengekalkan mereka yang sudah beroperasi terjejas dengan isu elektrik,” katanya.

Hajiji berkata dalam usaha untuk mengurangkan permintaan tenaga di Sabah, Kabinet juga telah memutuskan
untuk membenarkan rumah kedai, bangunan dan premis kediaman memasang sistem tenaga solar tanpa mendapatkan kelulusan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Mengenai program Sabah Rumah Keduaku (SBH-MM2H), Jemaah Menteri juga telah
meluluskan had umur pemohon kepada 30 tahun ke atas dan membenarkan peserta daripadan program untuk menjual hartanah mereka selepas lima tahun dengan syarat mereka mesti membeli rumah baharu bernilai tidak kurang daripada RM600,000.

Justeru itu, beliau berkata, di bawah polisi baharu itu, pelantikan ejen SBH-MM2H mestilah daripada syarikat tempatan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya