HomeSukanSabah FC bakal beraksi di Keningau 23 April ini

Sabah FC bakal beraksi di Keningau 23 April ini

Read Time:1 Minute, 2 Second

Keningau: Peminat dan penyokong Kelab Bola Sepak pasukan Sabah FC sekitar pedalaman berpeluang untuk menyaksikan aksi pemain skuad Badak pada siri jelajah yang akan bermula pada 23 April ini di Kompleks Sukan Keningau.

Pengurus pasukan Sabah FC Rafie Robert berkata, pasukan itu akan mengadakan jelajah perlawanan di tiga buah daerah di negeri ini.

“Keningau akan menjadi destinasi pertama siri jelajah pasukan Sabah FC dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Keningau FA pada 23 April, jam 7 malam.

“Selepas Keningau , jelajah perlawanan ini akan diteruskan di daerah Sandakan dan Tawau . Ini merupakan peluang keemasan peminat dan penyokong kepada pasukan Sabah FC untuk menyaksikan sendiri  pasukan kesayangan mereka beraksi di pendalaman,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rafie berkata, sudah tentu pasukan Keningau FA amat teruja dengan perlawanan persahabatan itu dan berharap pemain dibawah bimbingan jurulatih Well Apin akan turut mempamerkan aksi terbaik.

“Jelajah ini merupakan penghargaan kepada semua lapisan penyokong di negeri ini, selain  pemangkin kepada pasukan Sabah FC untuk berentap lebih baik dan bersemangat lagi dalam perlawanan di peringkat seterusnya”, katanya.

Dibawah bimbingan Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, Rafie yakin pemain Sang Badak mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan liga akan datang, seterusnya membolehkan mereka menjulang piala kemenangan melintasi Laut Cina Selatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya