HomePolitikSekreteriat Kerajaan Perpaduan dijangka bincang dana peruntukan kepada pembangkang petang ini

Sekreteriat Kerajaan Perpaduan dijangka bincang dana peruntukan kepada pembangkang petang ini

Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Pimpinan tertinggi sekretariat kerajaan perpaduan dijangka bersidang petang ini bagi membincangkan peruntukan dana kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang.

Difahamkan, pertemuan itu akan berlangsung pada jam 5.30 petang hari ini di Kompleks Seri Perdana di sini.

Semua pemimpin tertinggi parti yang membentuk kerajaan perpaduan dijangka menghadiri mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini berkata sekretariat itu akan bermesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Beliau berkata demikian berikutan pertemuan dengan pemimpin Perikatan Nasional termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 19 Mac lalu.

Pada 22 Mac lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimennya.

“Saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sign (tandatangan) dan (kemudian) dapat peruntukan.

“Cuma kita nak melihat perkara (dan) syarat yang ada dalam itu,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular