HomeUtamaGunung Ruang Meletus : 13 penerbangan di KKIA dibatalkan

Gunung Ruang Meletus : 13 penerbangan di KKIA dibatalkan

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 13 penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro wilayah Sulawesi Utara.

Pengurus Besar KKIA Jefry Ramli berkata, selain itu sebanyak 10 penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan di KKIA turut dijadualkan semula membabitkan beberapa buah syarikat penerbangan.

“Antara penerbangan melibatkan ketibaan yang dibatalkan adalah tiga penerbangan AirAsia dari Tawau ke Kota Kinabalu melibatkan penerbangan jam 11.25 pagi; 2.45 petang dan 3.30 petang. Selain itu turut dibatalkan penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada jam 9.55 pagi; 10.45 pagi dan 11.55 pagi.

“Manakala pelepasan pula adalah melibatkan penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu ke Tawau pada jam 6.25 pagi; 12.05 tengah hari dan 3.15 petang. Selain itu empat lagi penerbangan MAS yang dibatalkan melibatkan pelepasan adalah Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi; 10.45 pagi; 11.30 pagi dan 1 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jefry berkata, dua penerbangan melibatkan FireFly dari Tawau ke Kota Kinabalu yang sepatutnya pada jam 9 pagi di jadualkan semula pada jam 3.25 petang dan penerbangan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu yang dijadualkan pada 9.55 pagi dijadualkan semula pada 3.50 petang.

“Manakala bagi penerbangan Malindo Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada jam 10.40 pagi masih belum dijadualkan lagi masa penerbangan,” katanya.

Katanya, bagi pelepasan melibatkan penerbangan Firefly dari Kota Kinabalu ke Tawau pada jam 6.35 pagi dijadualkan semula jam 1 petang; Kota Kinabalu ke Kuching pada jam 12.30 tengah hari dijadualkan pada 4.05 petang dan Kota Kinabalu ke Tawau pada jam 10.35 pagi dijadualkan semula jam 4.20 petang.

“Dua penerbangan MAS melibatkan pelepasan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pada jam 3 petang dan 3.45 petang masing-masing-masing dijadualkan jam 4.20 petang dan 6.20 petang.

“Manakala penerbangan Malindo dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur jam 11.20 pagi kini masih belum dijadualkan dan Scoot Airline dari Kota Kinabalu ke Singapura yang dijadualkan berlepas pada jam 12.05 tengah hari dijadualkan semula jam 6.05 petang,” katanya.

Aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro wilayah Sulawesi Utara sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari Kampung berhampiran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular