HomeUtamaRM450,000 peruntukan laksana projek pembangunan asas luar bandar - Masiung

RM450,000 peruntukan laksana projek pembangunan asas luar bandar – Masiung

Read Time:1 Minute, 3 Second

TONGOD: Empat kampung di Mukim Karamuak di sini memperolehi peruntukan RM450,000 untuk melaksanakan projek pembangunan asas luar bandar.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Kuala Karamuak, kelmarin.

Menurutnya, jumlah itu diagihkan menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri bagi membaikpulih tiga dewan masyarakat.

“Antaranya Dewan Kampung Kuala Karamuak dan Tenaga Baru masing-masing diperuntukkan RM150 ribu, manakala RM100 ribu lagi digunakan bagi menyelenggara dewan terbuka Kampung Karamuak Dalam.

“Selebihnya, RM50 ribu digunakan membina tandas awam dan pondok Team Aki Karamuak bagi mengawal kumpulan gajah liar di kawasan itu,” jelasnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri turut meluluskan peruntukanRM800,000 untuk membekalkan tangki air kepada penduduk terjejas bekalan air di seluruh daerah Tongod termasuk perkampungan dalam Mukim Karamuak.

Menurut Masiung, setiap kampung yang terjajas kemarau akan memperolehi 10 buah tangki yang diletakkan pada satu tempat membolehkan penduduk mengambil air yang dibekalkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) turut memaklumkan bahawa kesemua projek-projek asas luar bandar berkenaan akan dilaksanakan bermula awal bulan Mei depan.

Lebih 300 penduduk dari pelbagai kaum dan agama di mukim itu hadir memeriahkan Majlis Aidilfitri berkenaan yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya