HomeSukanJetama Sdn Bhd taja Sabah FC musim ini

Jetama Sdn Bhd taja Sabah FC musim ini

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC menerima suntikan penajaan sebanyak RM5 juta daripada syarikat konsesi air Kota Kinabalu, Jetama Sdn Bhd untuk musim baharu Liga Malaysia tahun ini bagi menggantikan Sawit Kinabalu.

Penajaan itu dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Jetama Sdn Bhd akan menjadi penaja utama skuad Badak pada musim ini selain turut membekal air minuman kepada Sabah FC.

Shahelmey berkata, pihaknya amat menghargai penajaan yang dilakukan Jetama Sdn Bhd kepada pasukan Sabah FC musim ini.

“Pada petang ini, kita telah menyaksikan perjanjian penajaan utama daripada pihak Jetama Sdn Bhd kepada pasukan Sabah FC Sdn Bhd untuk musim ini.

“Selain penajaan kewangan, satu lagi anak syarikat Jetama iaitu Jetama Water juga menandatangani perjanjian untuk membekalkan air minuman kepada Sabah FC sepanjang musim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan dan Pengerusi Jetama Sdn Bhd Datuk Yussof Abd Manan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Ahmad Naim Uddang berkata, perjanjian penajaan itu menjadi tonggalk penting dalam arena sukan negeri khususnya ketika pasukan Sabah FC bersedia untuk meneruskan saingan di dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Katanya, keputusan bagi menaja Sabah FC musim ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik dalam memperkukuhkan jenama syarikat.

“Kami menyedari bahawa sokongan kepada sukan tempatan tidak hanya memberi manfaat kepada komuniti sukan, tetapi juga memperkukuh kedudukan syarikat sebagai jenama yang peka terhadap pembangunan komuniti dan masyarakat.

“Ini merupakan masa yang amat sesuai untuk mempromosikan salah satu produk kami iaitu ‘Bottle / Drinking Water’ yang bakal diedarkan untuk tujuan komersial dipasaran tidak lama lagi dengan harga yang lebih kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid berkata, pihaknya dari masa ke semasa akan mengumumkan penajaan dari syarikat-syarikat swasta yang lain selain mengumumkan rakan strategik Sabah FC.

“InsyaAllah ini akan dapat meringankan beban Sabah FC dalam menanggung kos operasi dan rakan strategik pula akan mudahkan kita jalankan operasi.

“Kita juga sentiasa mengalu-alukan syarikat swasta terutama syarikat berkaitan kerajaan untuk tampil membantu pasukan Sabah FC,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya