HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan teruskan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan

DUN Sabah : Kerajaan teruskan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan antarabangsa akan diteruskan bagi meningkatkan daya saing negeri Sabah di rantau ASEAN.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, Sabah juga akan turut menyokong dan menggalakkan kemampanan industri penerbangan khususnya di negeri ini.

Katanya, pengembangan jaringan udara merupakan agenda terpenting sejak pembukaan semula pintu sempadan negeri ini. 

“Kerajaan Negeri juga komited mewujudkan lebih banyak laluan terus penerbangan antarabangsa yang baharu bagi memudahkan akses perjalanan udara dan menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa ke negeri ini.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerima penerbangan antarabangsa terus dari Jakarta, Shanghai dan Seoul, Korea Selatan ke Sabah menerusi penerbangan Air Asia.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan meneruskan promosi dan kempen pemasaran pelancongan yang agresif dengan memberi tumpuan kepada pelbagai program yang berimpak tinggi seperti kempen High Visibility yang terbukti mampu mengembangkan segmen-segmen pasaran niche serta memberi pulangan tinggi seperti Bird Watching, Diving dan Sport Tourism,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi tumpuan bagi membangun dan menyediakan infrastruktur dan fasiliti di kawasan pelancongan khususnya di luar bandar termasuk dalam kawasan Taman-Taman Sabah dan Muzium Sabah sebagai persediaan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, pada tahun ini Kerajaan Negeri menyasarkan ketibaan seramai 2.8 juta hingga 3 juta  pelancong ke Sabah. 

Katanya, bagi mencapai sasaran ini, kerajaan akan merancakkan lagi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan berimpak tinggi termasuk pemberian insentif kepada pemain industri sebagai galakan agar lebih aktif meningkatkan pertumbuhan sektor ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya